HALUANPalestin adalah satu usaha Biro Pemuda HALUAN Malaysia untuk mendokong perjuangan membebaskan Palestin daripada pencerobohan dan kekejaman rejim zionis Israel laknatuLlah.
Objektif:
Membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar mengambil berat terhadap perjuangan bangsa Palestin meraih kemerdekaan, khususnya dalam menjaga kesucian Masjid Al-Aqsha.
Peranan:
- Membantu perjuangan bangsa Palestin untuk bebas dari penjajahan Zionis Israel dalam bentuk sokongan moral mahupun material.
- Menanamkan serta membangun semangat Ukhuwah Islamiyah rakyat Malaysia terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
- Membantu penyebaran informasi tentang perkembangan semasa rakyat Palestin dan masjid Al-Aqsha.
- Mewujudkan tabung dana Palestin untuk disalurkan kepada pihak berkewajipan di Palestin untuk meringankan beban mereka.
- Mewujudkan projek-projek kebajikan samada dalam bentuk pendidikan atau perkhidmatan kepada mangsa pelarian Palestin di persempadanan.

