HALUAN Palestin

Umat Islam Menanti Saat Keruntuhan Masjid Al Aqsa?
Mengikut sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud ‘Masjid Paling Jauh’, terletak di Baitulmaqdis atau ‘Jerusalem’ bagi orang Yahudi. Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.

Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj. ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis. Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya. Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M. Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.

Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman. Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.

Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya. Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984. Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis). Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman.

Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi. Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu. Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama. Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid. Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.

Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa. Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis. Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut. Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam. Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel. Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.

Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi. Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif. Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis.

Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967. Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi. Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat. Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad. Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan.

Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid. Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam. Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya. Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid. “Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan. Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat. Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel. Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu. Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera. JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein. Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”

Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

Angkara Yahudi – BERITA HARIAN 28/01/2010

Oleh Nurul Hazren Masitom

Israel Dalang Kempen Anti Islam di Perancis
Daniel Ben Simon, yang juga merupakan salah seorang anggota Parlimen (Knesset) Israel dalam satu artikelnya di laman sesawang berbahasa Ibrani Abdellah menyatakan bahawa orang-orang Yahudi Perancis lah yang berada di sebalik kempen anti pemakaian jilbab dan bertudung labuh melalui tindakan intimidasi, ancaman dan pelbagai lagi terhadap umat Islam Perancis.

Tidak hanya itu, para Yahudi tersebut juga melancarkan kempen ide “Islamfobia” di antara warga Perancis, dengan tuduhan bahawa umat Islam di Perancis perlahan-lahan berusaha untuk menduduki Perancis dan akan berakhir dengan dominasi umat Islam di seluruh Perancis, terutama kerana pertumbuhan kaum muslimin di sana cukup pesat dan dianggarkan pada tahun 2050 hampir separuh penduduk Perancis adalah umat Islam,  sedangkan pada saat ini saja umat Islam di Perancis sudah mencecah sekitar 6-8 juta orang.

Menurut Ben Simon, pihak yang berkomplot di Perancis percaya bahawa pembatasan pada beberapa komuniti muslim di Perancis, yang melarang pemakaian jilbab dan bertudung labuh, akan dapat menyekat pertumbuhan kekuatan Islam di sana, dan orang-orang Yahudi Perancis sangat menyokong pelarangan tersebut, mereka bimbang atas semakin meningkatnya kekuatan umat Islam di Perancis, yang mereka lihat sebagai ancaman terbesar bagi kehadiran mereka, dan ini salah satu alasan Yahudi Perancis banyak membeli apartmen di negara-negara lain, dalam upaya persiapan untuk hijrah dari Perancis pada setiap saat.

Ben Simon dalam artikelnya juga menyatakan bahawa meningkatnya kepedulian orang Yahudi atas kekuatan pertumbuhan Islam di Perancis telah mendorong mereka untuk memprovokasi pihak berkuasa Perancis untuk bertindak melawan kaum Muslimin Perancis, terutama sejak Presiden Perancis Nicolas Sarkozy ketakutan terhadap pertumbuhan umat Islam di sana.

Ben Simon mengakhiri artikel dengan menunjukkan bahawa Perancis saat ini berada di persimpangan jalan, pada satu sisi pemerintah Sarkozy ingin mempertahankan sekularisme di negeri Perancis, dan di sisi lain pemerintahan Sarkozy tidak ingin mendapatkan kritikan atas kebijakan mereka yang berimplikasi terhadap meningkatnya rasisme terhadap umat Islam Perancis.(fq/imo)

PM Itali: Masa Depan Israel bersama Kesatuan Eropah
2 Feb, Tel Aviv – Dalam kunjungan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi ke Israel pada Isnin (1 Feb) lalu menyatakan dengan tegas bahawa masa depan negara Yahudi berada dengan Kesatuan Eropah.

“Keinginan terbesar saya, selama saya menjadi protagonis dalam politik, adalah untuk membawa Israel ke dalam keanggotaan Kesatuan Eropah,” kata pemimpin Itali itu di pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Berlusconi juga berbicara tentang “persahabatan dan cinta yang besar bagi Israel dan orang-orangnya.”

Netanyahu menyebut kunjungan bersama 8 menteri yang menyertai Berlusconi akan mengadakan perbincangan dua hala kabinet bersama pada hari Selasa (2 Feb), ianya sebagai suatu yang “bersejarah”.

“Saya memiliki hak istimewa untuk menjadi salah satu teman terbesar Israel,” katanya.

Situasi hubungan Israel dengan beberapa negara Eropah menjadi semakin dingin atas konflik yang terjadi di Palestin, hubungan dengan Itali jauh lebih hangat, didorong oleh persahabatan peribadi antara kedua pemimpin tersebut.

Berlusconi, yang akan berpidato di Parlimen Israel, Knesset, pada hari Rabu nanti, mengatakan dalam satu majlis makan malam bagaimana kunjungan beliau ke kem kematian Auschwitz Nazi di Poland telah mempengaruhi dukungan beliau untuk Israel.

“Sejak saat itu saya merasa menjadi sebahagian dari sejarah dan saya bertindak dengan cara yang saya fikir itu yang paling tepat dengan memberi dukungan kepada orang-orang Anda dan negara Anda,” katanya.

“Ini adalah tugas saya untuk bertindak sehingga para pemimpin Kesatuan Eropah tidak membuat kesalahan yang sama,” katanya, menekankan bahawa “ketidakpedulian” adalah akar penyebab dari Holocaust.

Kunjungan tiga hari Berlusconi ini adalah kunjungan luar negeri pertama sejak beliau diserang oleh seseorang pada bulan Disember yang lalu dan menyebabkan patah hidung dan dua giginya.(iw/alby/wp)

2010 Tahun Keruntuhan Masjid Al Aqsa?
Jawatankuasa Jerusalem dari Dewan Legislatif Palestin (PLC) pada hari Rabu (27/1) yang lalu memperingatkan bahawa tahun 2010 akan menjadi saksi lebih banyak pelanggaran Israel ke atas Palestin dan meningkatnya serangan terhadap kota Jerusalem yang diduduki, terutama berkaitan dengan perancangan jahat mereka untuk menghancurkan Masjid al-Aqsa .

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan, jawatankuasa itu mengatakan bahawa penggalian yang dilakukan Israel di bawah tanah semakin meningkat sehingga akan menyebabkan lubang dan rekahan dalam skala besar di dalam Masjid Aqsa. Jawatankuasa tersebut mengekspresikan akan kekhuatiran mereka bahawa Israel akan segera menghancurkan Masjid suci itu melalui penciptaan gempa bumi buatan di wilayah Negev.

Jawatankuasa tersebut menyeru kepada organisasi konferensi Islam dan Liga Arab untuk mengadakan konferensi dan pertemuan darurat bagi membahas situasi yang semakin kritikal di Jerusalem serta ancaman Israel terhadap Masjid Aqsa.

Jawatankuasa juga meminta agar PBB membahas masalah kota suci dan masjid Al-Aqsa ke dewan keamanan PBB untuk mengaktifkan tekanan undang-undang antarabangsa ke atas Israel.

Jawatankuasa juga mendesak dewan keamanan, sidang umum PBB dan UNESCO untuk menghantar pasukan pencari fakta ke kawasan Masjid Al Aqsa agar dapat mengeluarkan laporan lengkap tentang pelanggaran yang dilakukan Israel di kota tersebut. (mirzah/pic)

Bank Denmark Menarik Balik Pelaburan Mereka Dengan Syarikat Israel
Dua bank Denmark, Bank Denmark (Danske Bank) dan Bank Dana Pencen (PKA) memutuskan untuk menarik semua pelaburan mereka dari dua perusahaan Israel iaitu Elbit Systems dan The Magal Security System kerana peranan kedua perusahaan Israel tersebut dalam pembangunan tembok besi di Tebing Barat yang dijajah.

Keputusan itu diambil menyusul tekanan dan kempen organisasi-organisasi hak-hak asasi manusia dan gerakan boikot yang dilancarkan ke atas pembinaan tembok besi yang tersebut yang tidak sah di sisi undag-undang dan melanggar ketetapan Mahkamah Antarabangsa di Den Haag.

Kedua-dua bank Denmark itu juga memutuskan menarik pelaburannya dari perusahaan Afrika-Israel, yang dimiliki oleh jutawan Yahudi, Lev Leviev, kerana membiayai pembangunan pemukiman-pemukiman Yahudi dan tembok besi di Tebing Barat.Leviev adalah salah seorang dari orang-orang Yahudi terkaya di dunia.

Bank Nasional Denmark mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa Elbit System dan perusahaan Afrika-Israel itu sebagai perusahaan-perusahaan yang mendukung pembangunan pemukiman-pemukiman Yahudi dan tembok besi yang telah bina..

Elbit Systems membekalkan kamera kawalan kepada Israel yang dipasang di tembok besi tersebut, sementara perusahaan Afrika-Israel terlibat dalam pembangunan perumahan di pemukiman-pemukiman Yahudi di wilayah-wilayah Palestin yang dijajah.

Keputusan itu diambil ketika Israel memutuskan untuk memulai pembangunan tahap seterusnya dari tembok di atas tanah Palestin di sebelah barat Ramallah, agar dapat dibangunkan pemukiman Yahudi Illit. Perusahaan Afrika-Israel yang terlibat itu adalah salah satu perusahaan terbesar yang membuat pelaburan dalam pembangunan pemukiman-pemukiman Yahudi di Tebing Barat.

Sementara itu, seramai 15 diplomat Eropah yang ditemani oleh anggota Parlimen Palestin, Bassam Salhi, Menteri Palestin, Maher Gheim, dan anggota Parlimen Palestin lainnya, Khalida Jarrar, mengunjungi desa Nil’in, berhampiran Ramallah, untuk melihat situasi dan mendapatkan informasi lebih terperinci setelah penangkapan ke atas demonstrasi keamanan yang menentang pembinaan tembok besi dan pembinaan pemukiman haram Yahudi. Mereka bertemu dengan Jamal Jum’a, Koordinator Jawatankuasa Rakyat Menentang Pembangunan Tembok Besi. imemc/ez

Siapa Dalang Membunuh Mahmud Mabhuh, Tokoh Brigade Al-Qassam
Sebuah laman sesawang Israel, “Central Issues” dalam laporannya menyatakan bahawa agen-agen Mossad bertanggung jawab penuh atas pembunuhan keji terhadap Mahmud Mabhuh yang merupakan salah seorang tokoh terkemuka dalam sayap ketenteraan Hamas, Brigade Al-Qassam. Beliau juga dan termasuk sebagai komandan senior serta salah seorang pendiri Brigade Al-Qassam.

Mahmud memasuki Universiti Emirat Arab pada 19 Januari yang lalu, namun jasadnya ditemui telah meninggal dunia di sebuah hotel tempat ia menginap selama beliau berada di Dubai.

Mnurut lawan sesawang Israel tersebut, pembunuh Mahmud berjumlah empat orang dan merupakan agen-agen Mossad yang dilengkapi dengan informasi yang tepat mengenai keberadaan Mahmud selama kunjungannya di Dubai.

Laman itu juga menyatakan bahawa penyelidikan kes pembunuhan terhadap Mahmud, kemungkinan besar ada kaitannya dengan perancangan Mahmud untuk membeli senjata dari Iran dan perancangan menyeludup senjata-senjata tersebut ke Tebing Barat.

Walaubagaimanapun menurut hasil penyelidikan rasmi dari polis Dubai, mereka mendakwa telah berhasil mengungkap misteri kematian Mahmud Mabhuh. Mereka berpandangan bahawa kempulan jenayah terkenal dari Eropah yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan Mahmud.(fq/imo)

Gaza dilanda banjir apabila Israel melepaskan air empangan
Israel bertindak membuka pintu pagar banjir (floodgate) di salah satu empangan di bahagian timur Gaza, menyebabkan banjir melanda kawasan perumahan rakyat Palestin.

Pihak berkuasa Israel membuka pintu di empangan yang dipanggil “Lembah Gaza” tanpa memberi sebarang amaran awal, mahupun sebarang koordinasi dengan pihak bertanggungjawab di Gaza, menurut laporan Press TV lewat Isnin semalam.

Dilaporkan hujan lebat telah turun di daerah berkenaan sejak 24 jam sebelumnya. Empangan tersebut tidak dapat menampung kapasiti air hujan yang terlalu banyak, dan Israel bertindak membuka pintu empangan tanpa memberi sebarang amaran.

Kedudukan Gaza di kawasan rendah dan mencerun ke arah Laut Mediteranean menyebabkan air membanjiri dua buah kampung, Johr al-Deek di sebelah tenggara dan Nusirat di sebelah timur. Ratusan keluarga kehilangan tempat tinggal akibat tragedi ini. Di kampung Nusirat juga terletaknya kem pelarian Al-Nusirat.

Menurut laporan Press TV lagi, ramai penduduk dilaporkan terperangkap di dalam rumah dan juga di atas bumbung, manakala ramai yang lain lagi dilaporkan hilang. Pasukan penyelamat menggunakan bot-bot kecil untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap. Di beberapa kawasan, air banjir mencecah ketinggian sehingga 5 meter.

Jurucakap kerajaan Palestin di Gaza, Sami Abu Zuhri, mendakwa Israel sengaja membuka pintu empangan tersebut, menyebabkan banjir tersebut berlaku. Ini merupakan satu lagi jenayah secara terangan Israel ke atas rakyat Gaza dan harta mereka, dalam usaha Zionis untuk terus menyiksa rakyat Gaza yang sekian lama ditindas dan dipisahkan dari dunia luar.

Tindakan Israel ini semakin menyukarkan kehidupan penduduk Gaza, terutama mereka yang masih lagi terpaksa tinggal di dalam khemah akibat kemusnahan tempat tinggal yang dihancurkan tentera Israel sepanjang serangan “Operation Cast Lead” lebih setahun lalu.

Dalam serangan tersebut, 1400 orang terkorban secara lansung, kebanyakannya wanita dan anak-kanak. Lebih 10,000 buah rumah musnah atau rosak teruk, menyebabkan sekurang-kurangnya 5,000 keluarga terpaksa berteduh di dalam khemah. [mn/Press TV]

Rakyat Gaza turut menghulur bantuan ke Haiti
Mereka disekat dan dipisahkan dari dunia luar, samada sekatan ekonomi, sosial mahupun kemanusiaan sejak bulan Jun 2007 yang lalu. Mereka juga ditindas secara berterusan oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya, serangan demi serangan, rampasan dan tangkapan. Namun rakyat Gaza masih lagi dapat menzahirkan kasih sayang mereka sesama manusia lain yang ditimpa bencana. Isnin lalu, mereka berkumpul di ibu pejabat Red Cross di Gaza untuk menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa gempabumi di Haiti.

Mereka menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, barangan keperluan, selimut, makanan dan susu untuk kanak-kanak. Malahan ada juga dari kalangan mereka yang menghulurkan bantuan ini mempunyai saudara-mara sendiri tersiksa di dalam penjara Israel.

Menurut kenyataan Ketua Jawatankuasa Popular Menentang Sekatan, Jamal El Khodary, rakyat Gaza masih ingin menyertai kempen kemanusiaan ini kerana mereka adalah satu bangsa yang cintakan kedamaian dan kehidupan, walaupun mereka sendiri dilanda kemiskinan dan kemusnahan. “Kami mengalami satu bentuk gempabumi yang berbeza ketika diserang Israel, ” kata El Khodary, “kami bersimpati dengan mangsa-mangsa gempa di Haiti, dan kami datang ke sini untuk membantu mereka.”

Bagaimanapun, menurut El Khodary, Red Cross tidak dapat menerima barangan bantuan kerana sekatan yang dikenakan oleh Israel, namun mereka menerima sumbangan dalam bentuk kewangan.

“Sekatan ke atas Gaza sejak pertengahan 2007 menyebabkan 1.5 juta penduduknya terpisah dari dunia luar, lebih separuh daripadanya adalah kanak-kanak” – Amnesty International

Regim Mesir Terus Di Bidas Bersekongkol Dengan Israel
Ahmed Jibril, Setiausaha Agung Barisan Rakyat Untuk Pembebasan Palestin, menuduh regim Mesir berkomplot dengan beberapa pihak untuk melawan rakyat Palestin melalui pembinaan tembok besi di sepanjang persempadanan dengan Jalur Gaza.

Jibril dalam kenyataan akhbarnya pada hari Ahad (10/1) meminta rakyat Mesir untuk mengekspresikan penolakan mereka berkaitan keputusan pemerintah Mesir terhadap rakyat Palestin.

Sementara itu, Dr Salah al-Bardawil, salah seorang pemimpin Hamas, menyatakan bahawa Kaherah telah melancarkan kempen negatif terhadap Hamas yang berjalan selaras dengan Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah. Padahal selama ini Hamas tidak pernah melakukan sebarang hubungan negatif terhadap Kaherah.

Sementara itu, Jawatankuasa Rakyat Mesir Untuk Pembebasan Pengepungan Terhadap Gaza mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sebuah konvoi bantuan kemanusiaan menuju Gaza pada hari Jumaat ini.

Mohammed Al-Sakhawi, salah seorang pemimpin Parti Buruh Mesir dan anggota jawatankuasa, mengatakan bahawa jawatankuasa telah sepakat dalam pertemuan terakhir mereka untuk menolak pembinaan tembok besi yang dibina oleh Kaherah di persempadanan Gaza.

Beliau berharap pihak keselamatan Mesir tidak menghalang konvoi bantuan ini dan tidak menahan sebahagian dari aktivisnya sebagaimana yang telah terjadi terhadap aktivis-aktivis antarabangsa. (mirzah/plcron)